Tuesday, 30 August 2016

perjuangan kemerdekaan


PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ,merdeka bermaksud bebas daripada penjajahan , lepas daripada tuntutan , berdiri sendiri , tidak berantung kepada orang lain dan tidak lagi menjadi perajurit yang dikongkong undang – undang  dan disiplin yang ditetapkan oleh penjajah .

Rakyat Malaysia amat istimewa jika dibandingkan dengan rakyat negara-negara lain; kerana perjuangan mereka ke arah kemerdekaan telah berjaya dilakukan tanpa pertumpahan darah, kemusnahan harta benda atau melibatkan sebarang revolusi mahupun pemberontakan bersenjata. Kemerdekaan Tanah Melayu telah dicapai kerana wujudnya suatu faktor yang tiada pada negara-negara lain di dunia ini - kebersatuan yang kukuh di antara pelbagai kelompok etnik yang menganuti pelbagai budaya, kepercayaan dan agama.

           Kerjasama yang kukuh di antara kaum telah menjadi asas perjuangan kemerdekaan kerana masyarakat dunia, malah rakyat Tanah Melayu sendiri pada waktu itu tidak yakin negara ini boleh kekal aman dengan struktur masyarakat yang sebegini majmuk.


Tokoh Pejuangan di Kelantan – Tok Janggut

Image result
  •  nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
  • dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada
  • dilahirkan tahun 1833 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
  • mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
  • mahir dalam ilmu persilatan
  • menetap di Kampung Nering, Kelantan
  • bekerja sebagai petani dan peniaga




 PERISTIWA PENENGTANGAN



•   British telah mengeluarkan arahan untuk menangkap Tok Jangggut tetapi usaha meraka gagal
•   Engku Jeram Besar , Penghulu Adam , Haji Said , Che Ishak dan rakyat menyerang Pasir Puteh dan 
    berjaya mendudukinya pada tahun 1915
•   Sebuah kerajaan dibentuk dengan Engku Besar Jeram dilantik sebagai Raja . Tok  Janggut sebagai 
    Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pengawai Daerah
•   British kemudiannyatelah menggunakan nama sultan untuk membawa masuk tentera dari Negeri - 
    Negeri Selat dan memulakan serangan di  Saring pada tahun 1915
•   Serangan yang tersusun dan peralatan yang moden telah melumpuhkan perjuangan Tok Janggut    
    dan pengikutnya




Tokoh Perjuangan di Perak – Dato Maharaja Lela

Image result for dato maharaja lela



  •    Dato Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak 
  •   Pada November 1874 Perak menerima Residen British iaitu J.W.W.Birch hasil  daripada perjanjian Pangkor
  •     Pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch , sultan dan pembesar Perak yang      mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak

PERISTIWA PENENGTANGAN



 20 Januari 1874

Perjanjian Pangkor ditandatangani

Februari 1875

• Bantahan terbuka campur tangan British
• Dato Maharaja Lela membina kubu di Pasir Salak

12 September 1875

• Mesyuarat pembesar - pembesar Melayu di Durian Sebatang menentang undang - undang 
British

31 Oktober 1875

  Mat Arshad orang suruhan British dibunuh ketika menampal poster cukai di Pasir Salak

2 November 1875

Birch dibunuh oleh Seputum atas suruhan Dato Maharaja Lela
• Dato Maharaja Lela danDato Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak

13 November 1876

British menyerang Pasir Salak dengan 500 orang tentera
• Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor melarikan diri ke Kota Lama

20 November 1877


• Perbicaraan di Matang , Perak
• Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor dijatuhi hukuman gantung
• Sultan Abdullah dibuang negeri ke Pulau Seychelles



Tokoh Perjuangan di Naning – Penghulu Dol Said


  •  Dol Said Bin Abdul Said lahir dalam tahun 1773, dari suku Semelenggang dan  dilantik sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun.
  • Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang            membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British.
  • Beliau secara keras membangkang kemasukkan tentera British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen peperangan


PERISTIWA PENENGTANGAN


Pada tahun 1831

British menghantar tentera untuk menakluk Naning
Pasukan British ditentang Penghulu Dol Said
Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada pembesar dari negeri jiran
Dol Said berjaya menewaskan tentera British di bawah pimpinan Kapten Wyllie
Tentera British terpaksa berundur

Pada tahun 1832

- Serangan ini diketuai oleh Kolonel Herbert dengan bilangan seramai 1200 orang
- Kali ini Dol Said tidak dibantu oleh sesiapa kerana diberi amaran oleh British
- British telah mengadakan hubungan baik dengan penghulu - penghulu lain
- British berjaya menewaskan Penghulu Dol Said
- Serangan kali kedua memekan belanja yang besar iaitu 100,000 paun
- Dol Said menyerah diri pada Februari tahun 1833

Tokoh Penentangan di Terengganu 

 – Haji Abdul Rahman Limbong

Image result


• Nama lengkapnya ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir
• Lahir tahun 1285 H/1868M, meninggal dunia di Mekah 1347 H/1929M.
• Datuk neneknya berasal dari Patani dan Terengganu
• Gurunya ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya
• Ketika pulang ke Terengganu beliau mendapat pendidikan dari Haji Ya’qub dan Haji 
   Musa yang tinggal di Paya Bunga
• Haji Abdul Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, adalah seorang 
   pengamal Tarikat Sammaniyah.


PERISTIWA PENENGTANGAN

Julai & Ogos 1922

Mengetuai penduduk kampong membersihkan tanah di Kuala Telemong
Tanpa menghiraukan peraturan tanah British

Mei  1925

300 orang penduduk berkumpul dan membuka tanahkepunyaan  Tengku Nik 
   Maimunah Ibn Sultan Zainal Abidin  III
Tindakan ini membimbangkan British
Atas jasa bail Tengku Nik Maimunah mereka dapat disuraikan

Mei 1925

Penduduk melancarkan pemberontakan bersenjata
Kemarahan terhadap dasar British
Kumpulan yang  menentang bangunan kerajaan di Kuala Berang bejaya 
   mendudukinya
Kumpulan di Kuala Telemong menunggu arahan untuk menyerang British
British menggunakan nama dan kuasa sultan
Tiga orang pembesar membawa perintah sultan untuk menawan semula Kuala 
   Berang


Tokoh Penentangan di Sabah – Mat Salleh


Image result for mat salleh

 Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang 
   terkenal  di Sabah.
Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh 
  ‘ Negeri Tambunan’ sebagai daerah di bawah kekuasaannya.
• Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan.
Ayahnya, Datu Balu berkahwin di Inanam dengan seorang perempuan suku Bajau. Hasil 
  daripada perkahwinan mereka itu lahirlah empat orang adik-beradik iaitu Ali,
  Mat Salleh, Badin dan Bolong.


PERISTIWA PENENTANGAN

Tahun 1895

•Mat Salleh ke Sandakan berbincang dengan SBUB
•Mat Salleh tidak dilayan oleh pengawai SBUB
•Gabenor Beufort menyerang dan membakar kampung Mat Salleh
•Mat Salleh terpaksa melarikan diri

Tahun 1897

•Mat Salleh dan pengikutnya menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya
•SBUB menawarkan pedamaian kepada Mat Salleh
•SBUB menyerahkan Tambunan kepada Mat Salleh
•SBUB mungkir janji
•Serangan kedua Mat Salleh
•SBUB menyerang balas kubu Mat Salleh
•Mat Salleh tewas
•Mat Salleh meninggal dunia pada 31 Januari 1900




MALAYAN UNION


Image result


BENDERA
 MALAYAN UNION




LAMBANG
MALAYAN UNION


PENGASAS MALAYAN UNION


Image result

DATO ONN BIN JAAFAR

         -  Dato' Onn Jaafar dilahirkan di Seri Gambir, Jalan Gertak Merah, Johor                     
             Bahru pada 12 Februari 1895 serta merupakan anak kepada Datuk Jaafar bin                 
             Haji MuhammadMenteri Besar Johor yang pertamaseorang kerabat diraja Johor .
-  Pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga
-  Beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.
-  Semasa zaman Pendudukan Jepun,beliau menjadi  Ketua Pejabat Kawalan Makanan 
            Negeri Johor.
-  Beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang 
   daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein Onn.
-  Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam 
   Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.


SIR EDWARD GENT

•   Pentadbiran Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 di King's House 
     (Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur. )
•   Malayan Union dirancang semasa Tanah Melayu di bawah pendudukan Jepun .
•   Malayan Union diketuai oleh Gabenor British .
•   Gabenor yang pertama ialah Sir Edward Gent.



Reaksi Orang Melayu Terhadap 
Malayan Union

 -  Penentangan diperlihat melalui beberapa medium antaranya melalui akhbar .
 -  Akhbar-akhbar Melayu berperanan menyeru dan mengekspresikan 
     kemarahan dan penentang orang Melayu terhadap Malayan Union .
 -  Akhbar juga menyeru Sultan menimbang sebaiknya sebelum menandatangi 
    perjanjian 20 November 1945 .
-  Perhimpunan besar-besaran buat julung kalinya telah diadakan melibatkan 
    sejumlah 41 buah pertubuhan Melayu pada 1 Mac 1946 .


          -  Hasil perhimpunan ini telah wujud United Malays National Organization       

             (UMNO) pada 11 mei 1946 dan Dota’Onn Jaafar sebagai Presiden pertamanya







SYARAT-SYARAT UTAMA


MALAYAN UNION

•  Semua Negeri Melayu disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British .
•  Singapura dikeluarkan daripada Persekutuan  dan dijadikan Tanah Jajahan 
    Mahkota British di bawah seorang Gabenor  yang berasingan .
•  Kedaulatan raja-raja Melayu terhapus.
•  Sultan hanya sebagai satu gelaran dan mereka hanya boleh bersuara dalam 
    hal-hal yang menyentuh agama Islam dan adat resam Melayu.
•  Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tapa mengambil kira bangsa 
    dan keturunan.
•  Prinsip  ‘’JUS SOLI’’dipraktikkan dalam soal kewarganeraan .


Rundingan Ke Arah Penubuhan


Persekutuan Tanah Melayu

•  Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan bagi mengantikan 
    Malayan Union.
•  British telah melibatkan orang Melayu dalam penubuhan Persekutuan Tanah 
    Melayu (PTM).
•  Sebuah Jawatankuasa Eksekutif telah ditubuhkan pada 21 Julai 1946.
•  Enam faktor British bersetuju menubuhkan PTM   :
-  PTM masih lagi melindungi kepentingan politik British.
-  British bimbang orang Melayu menjadi ekstrem.
-  British bimbang dengan corak perjuangan golongan Melayu radikal.
-  British bimbang PKM mcndapat sokongan daripada orang Melayu.
-  British ingin melaksanakan dasar dekolonisasi seperti disarankan oleh PBB


CIRI-CIRI UTAMA PERJANJIAN


PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948



•  Majlis Raja-Raja Melayu ditubuhkan menggantikan Majlis Melayu
•  Gabungan sebelas buah negeri.(9 negeri Melayu dan 2 Negeri-Negeri Selat).
•  Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai PTM 1948.
•  Beliau dibantu oleh Majlis Mesyuarat Eksekutif dan Majlis Mesyuarat 
   Perundangan Persekutuan.
•  Syarat kerakyatan diperketatkan.
•  Perlindungan istimewa diberi kepada orang Melayu dan diletakkan di 
    bawah kuasa PesuruhjayaTinggi British.
•  Konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan.


PENUBUHAN JAWATANKUASA HUBUNGAN
 ANTARA KAUM ( CLC )

   peringkat awal hanya dianggotai Melayu & Cina
   orang Melayu diketuai DatoOnn Ja’afar
   Tan Cheng Lock mengetuai orang Cina
•   pada Ogos 1949 , dianggotai 6 orang pemimpin Melayu , 6 Cina , 1 
     India, 1 Sri Lanka , 1 Serani & 1 Eropah
   titik pemulaan kerjasama antara kaum
         kesanggupan UMNO berunding dengan kaum lain


PENUBUHAN PERSIDANGAN
KEBANGASAAN

•    telah ditubuhkan oleh Sir Malcolm MacDonald
    pernubuhan tersebut bertujuan mencapai kerjasama politik
•    adalah untuk mengurangkan perasaan perkauman

KONVENSYEN 


KEBANGSAAN



•   anjuran Tunku Abdul Rahman
•   melibatkan UMNO – MCA
•   disertai pelbagai parti & persatuan politik lain
   menjadi asas pembentukan Parti Perikatan



PENUBUHAN PARTI 


KEMERDEKAAN MALAYA

 ( IMP )




   pengasas ialah Dato’ Onn Ja’afar
   menggunakan konsep kerjasama kaum dalam sebuah parti
   terbuka kepada semua kaum yang mahukan kemerdekaan



Pilihan Raya Umum 1955

•   Tunku Abdul Rahman dan Dato Tan Cheng Lock tidak menyangka parti mereka akan 
     mendapat kejayaan besar.
•   Pada umumnya penduduk Tanah Melayu masih mementingkan kaum masing-masing
•   Lebih daripada 80 peratus pengundi memberi sokongan mereka kepada Parti 
     Perikatan
•   Parti Perikatan telah terbukti diterima oleh rakyat berdasarkan keputusan pilihanraya 
     itu

Perundingan Kemerdekaan



•   UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 dengan DatoOnn Jaafar menjadi 
     ketuanya yang pertama
•   Tujuan utama penubuhan UMNO ialah untuk mewujudkan kerajaan sendiri dan 
      mencapai kemerdekaan dari Inggeris
•   (MIC) pula ditubukan pada 8 Ogos 1946 dengan John Tivy sebagai Presidennya 
     yang pertama
•   Pada tahun yang sama Tunku Abdul Rahman dan Tan Cheng Lock telah 
     membentuk parti PERIKATAN diperingkat nasional
•   Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke 
     London untuk berunding dengan kerajaan Inggeris


Image result
ROMBONGAN RUNDINGAN KEMERDEKAAN

Image result for rombongan perundingan kemerdekaan

PENGERAKAN TUNKU SEMASA PULANG DARI LONDON

Pengistiharan Kemerdekaan

•   Pada malam 30 Ogos 1957, ramai orang berkumpul di hadapan Padang 
    Kelab Selangor, Kuala Lumpur untuk menantikan detik 12.00 tengah malam
•   Malam itu, sebilangan besar rakyat Tanah Melayu berada di Padang Kelab 
    Selangor untuk menyaksikan bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar 
    megah di puncak tiang.
•  Duke of Wellington yang mewakili Ratu Elizabeth turut hadir dan bersedia 
    dengan dokumen penyerahan kuasa
•  Tunku melaungkan seruan MERDEKA! sebanyak tujuh kali. Para penonton 
    yang hadir menyahut seruan Tunku dengan melaungkan kembali seruan 
    MERDEKA!


Image result
Tunku Abdul Rahman memimpin rakyat 
melaungkan “MERDEKA” sebanyak tujuh kali

PENGENALAN SURUHANJAYA REID

•   Suruhanjaya Reid  merupakan suruhanjaya bebas yang berperanan merangka 
     Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh 
     kemerdekaan daripada Britain
•  Suruhanjaya Reid Ditubuhkan pada tahun Mac 1956.
•  Suruhanjaya Reid telah menyerahkan draf kerja dan laporan pada Februari 1957 yang 
    telah diperhalusi oleh Jawatankuasa Kerja


Image result
lord william reid


Image result
Ahliahli Suruhanjaya Ried di Majlis Makan yang diadakan oleh Dato’ Tan Cheng Lock di No.111 , Heeren Street , Melaka Pada 17 ogos 1956


PENGISTIHARAN MALAYSIA

•   Pada 16 September 1963 seiring dengan dentuman 101 das tembakan meriam 
    dan teriakan“MERDEKA
•   Pada 19 Oktober 2009 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 
     16 Sept sebagai cuti umum mulai tahun ini bagi menyambut Hari Malaysia
•   Tanggal 16 September diraikan sebagai memperingati hari bersejarah bagi 
     rakyat Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak kerana pelbagai kaum 
     dan  etnik bersatu untuk mencapai kemerdekaan melalui pembentukan 
     Malaysia.


Image result



Pengistiharan Malaysia Di Stadium Merdeka Kuala Lumpur Pada 16 September 1963


KESIMPULAN
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menjadi sebuah negara yang maju pada menjelang tahun 2020.Antara faktor utama kejayaan ini ialah melalui situasi keamanan dan kesejahteraan negara seniaa terjamin.Dalam nada yang sama , kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara ini yang dijajah dan memerlukan kekuatan bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak akan lagi berlaku.














No comments:

Post a Comment